Tuesday, March 29, 2011

mas kahwin~

Thursday, March 24, 2011

circle of friends


apa beza antara kawan, teman dan sahabat ?

bagi aku banyak beza antara kawan, teman dan sahabat.

kawan semua orang yang kita kenal ialah kawan
teman orang yang selalu menemani kita (dah nama pun teman)
teman tapi mesra bak kata luna maya
tapi
sahabat orang yang sangat penting dalam hidup aku selain keluarga.

kadang-kadang tak semua masalah kita boleh share dengan keluarga.
time ni la bergunanya peranan sahabat.
sahabat akan mendengar setiap butir bicara masalah kita
dan akan memberikan kata-kata semangat
atau nasihat
dan membuatkan kita


sahabat akan sentiasa bersama kita time kita senang atau susah.
sahabat akan menyokong kita time semua orang menghukum kita
sahabat akan membetulkan kita time kita salah
sahabat akan berkongsi duka dan nestapa kita

tapi..
ada ke sahabat yang sempurna?

TAKKKKKK...

mana ada manusia yang sempurna atas muka bumi ALLAH S.W.T yang indah ni
selain Nabi Muhammad S.A.W

soOOO..
kalau sahabat kita buat silap tu tak salah kalau kita maafkan
memaafkan bukan bermakna kita kalah
memaafkan bukan bermakna kita takde pride
bukan ke memaafkan orang lain dapat mendidik hati menjadi hambaNya yang soleh dan solehah

ego kalau dijunjung takkan membawa kita ke awan
takkan membawa kita ke langit
dijunjung ego, tersungkur hati


secawan garam kalu diletak dalam segelas air akan terasa masinnya
tapi
secawan garam kalau diletak dalam sekolam air tak terasa pun masinnya
macam tu la jugak dengan hati
kalau kita kecik kan hati
banyak benda yang kita tak puas hati dan cepat terasa
cuba kalau kita besarkan hati
apa musibah pun yang menguji
hati kita tak cepat terasa dan mengalah

Wednesday, March 23, 2011

ntah apa apa ntah


kenapa aku taruk lagu ni kat sini? aku pun tak tahu. lol (-_-")

dulu ni la salah satu lagu peberet aku. jap tadi aku godek-godek youtube jap. ingat nak tengok channel IniAnwarHadi ngan matluthfi90. sekali bila bukak youtube aku tertekan lagu ni. sekali bila dengar teringat la citer-citer time zaman muda remaja dulu (sekarang dah tua bangka dah bak kata my ucuk). 

citer apa?
cer citer. cer citer.

opsss..tak leh citer. citer budak bawah umur.

oh oh oh.. lupa nak citer.
ujung minggu aritu aku gi Teluk Intan pasal sepupu aku kawin. dia tua 2 tahun dari aku.
mm..dah kawin dah...

bila aku nak kawin?
o o..tak tahu nak jawab.
zzzzz


tak laku la yang. macam mana nak kawin =(
hahahahahahahahahaha

kawan-kawan aku semua dok kemaruk nak kawin. tak sabar nak kawin. aku rasa klu boleh sekarang ni gak diorang nak kawin. tapi....
ye laa. apa ingat kawin ni senang ker?
banyak perancangan kot kena buat.
nak kena maintain hidup dulu baru boleh kawin.
so, terpaksa la diorang menyabarkan diri.

Thursday, March 17, 2011

meh dengar citer~

sekarang ni aku agak sibuk. kena siapkan kerja yang berlambak. biasa la bila final di hjung jari, gigi-gigi menggigit jari. erk (-_-")



sekarang ni tiap-tiap malam aku terpaksa tidur lambat, tapi kena bangun awal sebab ada kelas. sadis tul. jerawat pun tumpang sedih tuk aku dan dengan baiknya menawarkan diri tuk tumbuh kat muka aku. pimple u're suck!

esok pagi aku ada presentation steel, pukul 2 pm lak aku ada reading test ngan oral test nipong. hampeh tul. satu apa pun aku tak hafal lagi. aku paling tak suka subjek yang kena baca.

ni la akan jadi bila aku TERPAKSA membaca

********************************

hari tu kan..AKU KERJAAAA (dengan nada berlagak). selama ni aku tak pernah kerja. memang excited gila babeng la. memang aku tak sabar gila nak kerja (1hb mac). aku kerja kat Jusco sebagai promotor selama sebulan. 

cerita bermula...

di suatu petang yang damai, burung-burung menari-nari dengan gembiranya sambil menyanyikan lagu syahdu buat kekasih hati sebagai bukti kesetian diri. kanak-kanak pula bertempiaran lari sambil ketawa pabila di kejar tikus teman sepermainan.

tatkala itu, seorang kampung girl sedang bersiap untuk ke tempat kerja dengan perasaan yang begitu bersemangat. di fikirannya saat itu hanyalah ibu, ayah dan adik-adik di kampung yang hidup melarat. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. malam tak mengais. nasib mereka perlu di bela, lantas d kampung girl membuat keputusan untuk bekerja part time sebagai promoter di Jusco Bukit Raja. 


tepat pukul 6pm, d kampung girl bersama 2 orang sahabatnya bergerak ke tempat kerja. segalanya berjalan dengan lancar. walaupun d kanpung giri tidak pernah bekerja selama ini, namun dia mampu melakukan kerjanya dengan sempurna. dia melakukan yang terbaik dan berjaya menjual kasut pada hari pertama dia bekerja. d kampung girl berasa sangat gembira sambil melompat-lompat seperti kangaroo yang sedang mancari anaknya yang hilang.



setelah bekerja selama 4......jam. masa untuk pulang. lebih kurang pukul 10.30 pm, d kampung girl dan sahabatnya beratur untuk punch card. semasa sedang punch card, tiba-tiba handphone d kampung girl berdering.

"d kampung girl!!!angkat tepon! angkat tepon!" jerit handphone buruk dan murah d kampung girl.

d kampung girl memandang handphonenya yang sedang berdering, lalu terus menyambut panggilan tidak di undang itu dan bergerak menuju ke kereta.

"adik kat mana ni?" tanya si pemanggil.
"kenapa?" jawab d kampung girl.
"tak. abang tanya adik kat mana ni?" tanya si pemanggil dengan agak tegas.
"huh. kat JJ." jawab d kampung girl dengan perasaan yang agak kecut perut.
"buat apa kat JJ malam-malam macam ni?" tanya si pemanggil lagi.
"huh. kenapaaa?" d kampung girl menyoal si pemanggil.
"abang tanya adik buat apa kat JJ malam-malam macam ni?" tanya si pemanggil dengan nada yang semakin tegas.
"adik kerja. buat part time. jadi promoter." akhirnya d kampung girl menjawab.

selepas itu bermulalah sesi ceramah. d kampung girl dipaksa berhenti saat tu jugak dan dipaksa balik menghadap si hakim pada keesokan paginya.

adoiii la. ada abang yang mengambil berat dan sentiasa tolong kita ni memang best. tapi bila saat-saat macam ni berlaku, rasa macam........

walau apa pun, sekurang-kurangnya aku pernah bekerja. dan aku faham yang abang aku cuma nak yang terbaik untuk aku.





p/s: walau apa pun yang kita buat or kejar dalam hidup ni. FAMILY should always be in the 1st place.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates