Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Kenapa aku diuji?


KENAPA AKU DIUJI ?? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Ankabut : 2-3 “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKUINGINKAN ?? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Baqarah : 216 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?? QURAN MENJAWAB: Qs. Al-Baqarah : 286 “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” KENAPA FRUST??? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Imran : 139 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ??? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Baqarah : 45 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata” APA YANG AKU DAPAT ??? QURAN MENJAWAB : Qs. At-Taubah : 111 “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…” KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ??? QURAN MENJAWAB : Qs. At-Taubah : 129 “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal” AKU TAK SANGGUP !!!! QURAN MENJAWAB : Qs. Yusuf : 12 “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...





~~ increasing in puzzle, decreasing in motivation...as a result very problematic confused how to settle it? Subhanallah...

Sunday, April 3, 2011

bored day *&^%


disebabkan aku dah terlampau hot boring. so jari-jari aku ni pun ajak la aku menari atas keyboard ni. kalu bukan sebab aku boring yang melampau sampai nyaris masuk icu ni aku rasa memang haram la jejari aku nak menari. 
alamak nya memang bersawang balik la blog ni.

jejari ku!! jom kita berjimba!
jommmmm.. ^^,

semalam aku gi dengar ceramah. memang mengantuk tahap cipan la..
aku dah paksa mata aku bukak luas-luas tapi aku hanya insan biasa yang sering kalah dengan dugaan..ecececeh..
berapa kali aku tersengguk. malu?
memang la malu tapi lantak korang la labu. AAK..
lagi pun sapa suh diorang sediakan kerusi yang empuk sangat
lagi laa menambahkan nafsu aku nak tido
kat telinga aku asyik dok dengar diorang berbisik

"come..come..come to me..let's sleep. sleep like a baby. don't care about others. they don't appreciate us. u! u know how to appreciate us..come..sleep.."

perghh..manusia mana agaknya yang tak rasa mengantuk kalu kena ayat macam tu.
kan? kan? kan?
ALASAN
eh, mana ada. bukan alasan la tapi alasan kenyataan tau.
habaq mai kat aku kalu hangpa kenai sapa-sapa hok tak mngantuk kalu kena rayu ayat lagu tu. habaq mai. habaq mai.

*****************************************************
kul 9 a.m tadi aku gi tasik. joging? tak lah (malu-malu) 
kitorang gi berlakon. ingat kan nak setel hari ni gak sebab nexwek n next 2 week aku ada banyak keje yang nak kena setel kan. tapi plan aku tak berjalan seperti yang aku rancang. dia merangkak jer sebab tak cukup vitamin. ada sorang dari group kitorang ada trip ke penang. pastu lak nexwek dia ada test tiap-tiap hari dari hari isnin sampai la ke hari ahad. kesiannnn...

so, kitorang dengan terpaksa baik hati nak shoot lepas dia habis test. nak shoot tanpa dia takleh sebab scene yang tinggal semua melibatkan dia.

time berlakon tadi macam bongok la. hahaha. serius kelakar.
nak sebut benda lain tersasul benda lain.
ye laa kitorang bukannya terer lagi bahasa jepun. beginner je kot.
tapi lakonan kitorang mantop... (hahaha..PERASAN!!)
betul apa..aku rasa kalu Jhonny Depp tengok pun dia puji
kwang kwang kwang

got to go. nati aku sambung lagi k


p/s: in life we have to expect the unexpected..ok!!

Tuesday, March 29, 2011

mas kahwin~

Wednesday, March 23, 2011

ntah apa apa ntah


kenapa aku taruk lagu ni kat sini? aku pun tak tahu. lol (-_-")

dulu ni la salah satu lagu peberet aku. jap tadi aku godek-godek youtube jap. ingat nak tengok channel IniAnwarHadi ngan matluthfi90. sekali bila bukak youtube aku tertekan lagu ni. sekali bila dengar teringat la citer-citer time zaman muda remaja dulu (sekarang dah tua bangka dah bak kata my ucuk). 

citer apa?
cer citer. cer citer.

opsss..tak leh citer. citer budak bawah umur.

oh oh oh.. lupa nak citer.
ujung minggu aritu aku gi Teluk Intan pasal sepupu aku kawin. dia tua 2 tahun dari aku.
mm..dah kawin dah...

bila aku nak kawin?
o o..tak tahu nak jawab.
zzzzz


tak laku la yang. macam mana nak kawin =(
hahahahahahahahahaha

kawan-kawan aku semua dok kemaruk nak kawin. tak sabar nak kawin. aku rasa klu boleh sekarang ni gak diorang nak kawin. tapi....
ye laa. apa ingat kawin ni senang ker?
banyak perancangan kot kena buat.
nak kena maintain hidup dulu baru boleh kawin.
so, terpaksa la diorang menyabarkan diri.

Thursday, March 17, 2011

meh dengar citer~

sekarang ni aku agak sibuk. kena siapkan kerja yang berlambak. biasa la bila final di hjung jari, gigi-gigi menggigit jari. erk (-_-")



sekarang ni tiap-tiap malam aku terpaksa tidur lambat, tapi kena bangun awal sebab ada kelas. sadis tul. jerawat pun tumpang sedih tuk aku dan dengan baiknya menawarkan diri tuk tumbuh kat muka aku. pimple u're suck!

esok pagi aku ada presentation steel, pukul 2 pm lak aku ada reading test ngan oral test nipong. hampeh tul. satu apa pun aku tak hafal lagi. aku paling tak suka subjek yang kena baca.

ni la akan jadi bila aku TERPAKSA membaca

********************************

hari tu kan..AKU KERJAAAA (dengan nada berlagak). selama ni aku tak pernah kerja. memang excited gila babeng la. memang aku tak sabar gila nak kerja (1hb mac). aku kerja kat Jusco sebagai promotor selama sebulan. 

cerita bermula...

di suatu petang yang damai, burung-burung menari-nari dengan gembiranya sambil menyanyikan lagu syahdu buat kekasih hati sebagai bukti kesetian diri. kanak-kanak pula bertempiaran lari sambil ketawa pabila di kejar tikus teman sepermainan.

tatkala itu, seorang kampung girl sedang bersiap untuk ke tempat kerja dengan perasaan yang begitu bersemangat. di fikirannya saat itu hanyalah ibu, ayah dan adik-adik di kampung yang hidup melarat. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. malam tak mengais. nasib mereka perlu di bela, lantas d kampung girl membuat keputusan untuk bekerja part time sebagai promoter di Jusco Bukit Raja. 


tepat pukul 6pm, d kampung girl bersama 2 orang sahabatnya bergerak ke tempat kerja. segalanya berjalan dengan lancar. walaupun d kanpung giri tidak pernah bekerja selama ini, namun dia mampu melakukan kerjanya dengan sempurna. dia melakukan yang terbaik dan berjaya menjual kasut pada hari pertama dia bekerja. d kampung girl berasa sangat gembira sambil melompat-lompat seperti kangaroo yang sedang mancari anaknya yang hilang.



setelah bekerja selama 4......jam. masa untuk pulang. lebih kurang pukul 10.30 pm, d kampung girl dan sahabatnya beratur untuk punch card. semasa sedang punch card, tiba-tiba handphone d kampung girl berdering.

"d kampung girl!!!angkat tepon! angkat tepon!" jerit handphone buruk dan murah d kampung girl.

d kampung girl memandang handphonenya yang sedang berdering, lalu terus menyambut panggilan tidak di undang itu dan bergerak menuju ke kereta.

"adik kat mana ni?" tanya si pemanggil.
"kenapa?" jawab d kampung girl.
"tak. abang tanya adik kat mana ni?" tanya si pemanggil dengan agak tegas.
"huh. kat JJ." jawab d kampung girl dengan perasaan yang agak kecut perut.
"buat apa kat JJ malam-malam macam ni?" tanya si pemanggil lagi.
"huh. kenapaaa?" d kampung girl menyoal si pemanggil.
"abang tanya adik buat apa kat JJ malam-malam macam ni?" tanya si pemanggil dengan nada yang semakin tegas.
"adik kerja. buat part time. jadi promoter." akhirnya d kampung girl menjawab.

selepas itu bermulalah sesi ceramah. d kampung girl dipaksa berhenti saat tu jugak dan dipaksa balik menghadap si hakim pada keesokan paginya.

adoiii la. ada abang yang mengambil berat dan sentiasa tolong kita ni memang best. tapi bila saat-saat macam ni berlaku, rasa macam........

walau apa pun, sekurang-kurangnya aku pernah bekerja. dan aku faham yang abang aku cuma nak yang terbaik untuk aku.





p/s: walau apa pun yang kita buat or kejar dalam hidup ni. FAMILY should always be in the 1st place.





Monday, February 28, 2011

shopping~

oh oh oh..semalam ikut my sis skodeng beg LV..perghh boleh juling mata

cantikkkkkkkk....


tapi..
          frankly speak..
                  only a fool willing to pay thousands of buck just for a bag! 

klu nak tahu beg yg tak berapa cantik kat atas tu pun harga dia almost RM6000. klu nak murah sikit gi Paris, haa..harga dia RM4200 jer. jerrrrr?

aku tertanya-tanya

"why people always think of label?"

nak tahu apa jawapan akak aku bagi :

1) jaga standard terutama bila korang pegang jawatan tingggi kat company besar. konon-konon klu pakai beg yg agak murah org akan kutuk. nanti kena cop kedekut.
2) kepuasan kononnya klu pakai beg yg ada class tersendiri self confident tu akan menjunam naik dengan gagah perkasa exactly like F-35. plus, bila berjalan kepala org sekeliling akn terteleng2 utk tgk beg yg kita bawa.

hmmm aku tak tahu nak komen apa. setiap org ada cara pemikiran masing2. ada orang pikir selagi sihat dan mampu beli jer apa yang kita nak. tapi, ada orang pikir lebih baik bersederhana jer even kita mampu. alaa tepuk dada masing2 and tanya akal. jangan tanya hati sebab hati selalu menipu.

tapi semalam akak aku ajar macam mana nak bezakan LV yg original ngan yg tak. senang jer. amik air and letakkan kat beg. klu air tu meresap maknanya beg tu original and diperbuat dari kulit. klu tak, maknanya tak ori laaa.

yang bestnya, rupanya klu beg ori dia akn bertukar warna. aku tak tahu plak. pakai sebulan jer beg tu terus akan berubah warna ke warna yg more darker dari sebelumnya. and paling best, nilai harga beg tu akan bertambah mahal.

OOOooo macam tu rupanya -_-"

Thursday, February 17, 2011

oh my gucci ~_~

aku ada banyak benda yang aku nak share kat sini, tapi selalu jer ada benda yang halang aku dari tulis blog ni.   misalnya, aku tengah semangat tahap t-rex nak tulis blog nak cerita o luah hati aku, tup2 ada manusia2 yang datang mengacau yang membantut hasrat aku tu.

contoh 1: 
aku sedang mengadap laptop dan terus bukak blog
TIBA-TIBA...

"wei budak kecik jom kuar...!"


contoh 2:
aku bukak laptop
TIBA-TIBA...

"eh, jom tgk citer...!"


contoh 3:
aku baru nak bukak laptop
TIBA-TIBA...

"esok ada klas x? xnak balik rumah ke?"

haaaa..tu la sebab aku susah nak update life aku kat sini. (-_-")



**********************************************************************************


tadi aku ada test solid. memang siot punya soalan la. aku rasa macam budak bodoh pun ada tadi. cibai tul la *_*
tapi......
memang salah aku pun sebab aku tak study. aku sekarang kan dah jadi scanner~



mr goh oh mr goh




**********************************************************************************

ari khamis lepas aku tension GILA sebab research methodology punya pasal. so petang tu aku main la gitar sambil2 tunggu kakak aku datang sebab nak balik rumah. 

punya la syok aku main ( kalau syn tgk konfom angau..kwang3~ ). aku goreng punya goreng sampai jadi masak lemak cili api, tiba2 aku dengar bunyi "pap". adoiiiiiiii. rupa2nya tali gitar aku putus. huhu. aku baru jer tukar tali bulan lepas. siot~

tidak!!!!!!!!



Wednesday, February 2, 2011

Sigh~~~

Dah lama tak mengarut kat blog ni. Bukan apa aku malas nak menaip, lagipun kepala otak aku tak berapa betul sekarang ni. Aku dah try restart banyak kali tapi still problem, nak kena format balik. (-_-")

Aku bosan tahap monster!! Tak tahu nak buat apa. Nak keluar jalan2 pun sekarang ni asyik hujan jerk.Terpaksalah aku memerap kat rumah. Sigh~

Semalam aku chat ngan kawan lama aku. Best siot jadi dia.

Apa yang BEST???

Dia dapat gi indon. FULLY SUPPORT!!!

Company yang dia tengah praktikal buat family day kat Indon. Waaaaaa.. Aritu baru jer buat family day kat Brunai. Aku tak tahu la berapa kali family day diorang buat dalam setahun. Takkan sebulan sekali kowt. @%$^

Disebabkan keboringan yang melanda aku ni, habit lama aku dah datang balik.

HAHAHAHAHAHA

Habit tengok video anas. (Habit yang bengong)

Aku akan play lagu dia sepanjang hari sampai malam, NON STOP.

"Sakit telinga la dengar. Kalau suara sedap takpe!!" ~~~ Adik aku memang nak kena ni..suka ati jer kutuk anas.

ADA AKU KISAH

Yang penting aku suka..




p/s: Live fully, have fun, be crazy, be weird. Go out and screw up. Don't try to be perfect, just be an excellent example of human being.

Friday, January 28, 2011

hanyut


Tuesday, January 18, 2011

makan2 ~_~

AKU BARU BELI TUNER BARU... (ceh..start2 dah berlagak)

Hehe..bukan berlagak la, cuma terlampau excited. Tak sabar nak balik Klang nak try tuner baru. Lagi pun dah lama tak main gitar. Rindu kot...

Dah. Dah. Kita balik ke topik asal kita balik. Aku sebenarnya nak cerita pasal acara makan-makan yang aku ngan kawan-kawan aku buat hari ahad ritu.

Kerja aku sekarang ni asyik makan jer. Pantang orang ajak makan mesti aku nak join. Adoii. Kalah Giant. Badan pun dah ada ciri-ciri nak jadi kembar Giant. HUHU [-_-"]

Awalnya kitorang nak makan mcd. Tapi disebabkan tahap nafsu makan aku tahap kritikal, aku nak makan nasi. Jadi, kitorang pun pergi la beli makanan kat mcd, chicken rice shop and laksa shack. Kitorang take away, pastu naik kereta pusing-pusing tasik Shah Alam cari port canteeeeek mau makan.

Pusing punya pusing, last-last kitorang jumpa port canteek punya. 

Makan. Borak. Gelak. Bincang. Gelak. Makan.

Cik adik manis yang still available - Elly, Sya

Nedy and me yang kekenyangan..
Dalam kitorang tengah syok dok melantak tu, ada la satu pasangan baru kawin ni dok amik gambar English style dekat dengan meja kitorang. Memang cuci mata betul la kitorang time tu.


 Best jer tengok diorang amik gambar. Tetiba cam rasa nak gi tumpang satu badan. Kalau aku ni muka tak tahu malu mau jer aku gi menempel dalam gambar diorang. Haha ^_^

p/s: Life is short. So, take tan of pictures with your true heart feeling.

Sunday, January 16, 2011

fever

Cough. Cough. Cough ~~

Sekarang ni memang musim demam kot. Pandang kiri, pandang kanan, semua orang tengah batuk. Hidung tu pulak dah macam hidung clown, merah semacam. Tu kalau pandang kiri dan kanan. Kalau pandang depan dan belakang lain pulak situasi dia. Silap-silap terlentang atas katil. Ada orang yang tolong jaga, masakkan bubur, suapkan bubur. Fuhh, memang nikmatlah kalau sakit macam ni. Hee~~ (-_-")


Nak dijadikan cerita, aku pun dah terjangkit dengan wabak-wabak yang dibawa oleh orang lain. Dah lama tak demam ni. Last aku demam tak silap aku time aku darjah 5 (Lama siot!)

Tapi demam kali ni agak dahsyat tahap gorilla (^_*) gak la. Badan aku panas gila!! (sila baca dalam nada bersungguh-sungguh). Aku terbungkam jer atas katil macam pooh yang kekenyangan. Alalala so sweeeet (^__^)

Dalam aku tengah sakit tu, ada la kawan aku ni tolong jaga aku. Dia masakkan bubur untuk aku. Padahal dia tak pandai masak pun. Hehe;p

Rasa dia?

Tak sempat nak rasa aku telan jer. Tapi yang kelakar aku makan dua sudu jer, dia makan dua mangkuk (-_-")

Dia gak tolong tuamkan dahi aku. Fuhh, memang sayu gak la rasa.



Sayu..Hati ini makin sayu.. (macam kenal..tak silap ni lagu siti..memang sayu)

Hari ni aku dah sihat sikit. Siap gi merempit lagi. Haha.. Kalau la kakak aku tahu, mau kena maki satu bakul.

p/s: SILA JAGA KESIHATAN ANDA.

Saturday, January 1, 2011

new chapter

dalam sesebuah novel akan ada prolog, epilog n chapter-chapter yang banyak sebelum seorang penulis tu boleh sudahkan epilog tuk cerita yang dia karang.

macam tu la jugak ngan hidup. ada banyak chapter yang terpaksa kita lalui. kitalah pengarang tuk cerita hidup kita sendiri. prolog bila kita dilahirkan dan ia berterusan dari satu chapter ke satu chapter sampailah ke epilog bila mana kita kembali padaNYA.

dah banyak chapter yang aku karang dalam hidup aku. dan sekarang bermulalah chapter baru dalam hidup aku.

~the new beginning of me~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates