Cough. Cough. Cough ~~
Sekarang ni memang musim demam kot. Pandang kiri, pandang kanan, semua orang tengah batuk. Hidung tu pulak dah macam hidung clown, merah semacam. Tu kalau pandang kiri dan kanan. Kalau pandang depan dan belakang lain pulak situasi dia. Silap-silap terlentang atas katil. Ada orang yang tolong jaga, masakkan bubur, suapkan bubur. Fuhh, memang nikmatlah kalau sakit macam ni. Hee~~ (-_-")
Nak dijadikan cerita, aku pun dah terjangkit dengan wabak-wabak yang dibawa oleh orang lain. Dah lama tak demam ni. Last aku demam tak silap aku time aku darjah 5 (Lama siot!)
Tapi demam kali ni agak dahsyat tahap gorilla (^_*) gak la. Badan aku panas gila!! (sila baca dalam nada bersungguh-sungguh). Aku terbungkam jer atas katil macam pooh yang kekenyangan. Alalala so sweeeet (^__^)
Dalam aku tengah sakit tu, ada la kawan aku ni tolong jaga aku. Dia masakkan bubur untuk aku. Padahal dia tak pandai masak pun. Hehe;p
Rasa dia?
Tak sempat nak rasa aku telan jer. Tapi yang kelakar aku makan dua sudu jer, dia makan dua mangkuk (-_-")
Dia gak tolong tuamkan dahi aku. Fuhh, memang sayu gak la rasa.
Sayu..Hati ini makin sayu.. (macam kenal..tak silap ni lagu siti..memang sayu)
Hari ni aku dah sihat sikit. Siap gi merempit lagi. Haha.. Kalau la kakak aku tahu, mau kena maki satu bakul.
p/s: SILA JAGA KESIHATAN ANDA.
0 comments:
Post a Comment